Tanda-Tanda Penyakit Hati (symptom)


1) Sulit meraih sesuatu yang diciptakan untuknya iaitu hilang rasa taat dan cinta kepada Allah dan menjadikan nafsu sebagai ilahnya

2) Tidak merasa sakit kerana luka-luka maksiat

3) Pemiliknya tidak merasa jelik dengan kebodohannya terhadap kebenaran (tidak risau kalau tidak tahu sesuatu tentang Islam)

4) Pemiliknya beralih daripada makanan bergizi kepada racun yang mematikan hati (mengutamakan maksiat daripada sesuatu yang membawa kebaikan)

5) Pemiliknya menghuni dunia dengan perasaan redha, tenang dan tidak merasa asing serta tidak mengharap akhirat dan beramal untuknya.

Barangsiapa ingin mengetahui apakah dirinya mencintai Allah, hendaknya ia menghadapkan dirinya kepada al-Qur’an. Bila ia mencintai al-Qur’an, itu ertinya ia cinta kepada Allah. Kerana al-Qur’an itu kalamullah.” – Ibn Mas’ud

Bagi pendapat kebanyakan cendiakawan dan ilmuan islam dalam permasalahan hati, sesungguhnya penawar buat hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk adalah melalui kaedah berikut :

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir – Inilah petua yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW kepada anaknya Saidatul Fatimah Al Zahra
  • Berdoa – Mohonlah kepadaNya kerana sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu – Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda – Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum – Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Tinggalkan komentar

Kalender
Mei 2024
S S R K J S M
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Kategori

Masukkan alamat surat elektronik Anda untuk mengikuti blog ini dan menerima pemberitahuan tentang tulisan baru melalui surat elektronik.

Bergabung dengan 6 pelanggan lain